Training For Successful Entrepreneurship - SFT Date: 06/7/2008 |
Tamil Convention 2008 Date: 27/7/2008 |
Women On The Move Workshop 2008 (II) Continuity of Excellence Date: 1-3 August 2008 |
Upcoming Events
Khasiat batu tourmaline pada Waterlife
Oleh RAHANA MD
|
|
AIR yang kita minum didakwa bersih tetapi belum tentu selamat kepada tubuh dan kesihatan buat jangka masa panjang. Ini disebabkan sebelum disalurkan ke setiap rumah, semua sumber air akan dirawat tetapi pencemaran alam sekitar yang serius menyebabkan sumber air semakin tercemar.
Sehubungan dengan itu sistem penapisan air diperlukan bagi membantu memastikan air yang digunakan benar-benar selamat.
CNI Waterlife System yang diperkenalkan oleh CNI Holding Berhad mampu membantu mengatasi masalah air tercemar. Ia dibangunkan hasil daripada penyelidikan yang rapi.
Menurut Pengarah Eksekutif CNI Holding Berhad, Chew Boon Swee, sistem penapisan Waterlife mengunakan tujuh penapis bagi menghasilkan air yang benar-benar berkualiti, bersih, selamat diminum serta memberi tenaga kepada tubuh dengan lebih pantas.
“Salah satu penapisnya menggunakan batu tourmaline atau permata semula jadi. Tourmaline merupakan sejenis galian silikat yang membentuk kristal cantik dan berwarna-warni dan ditemui di pergunungan Brazil.
“Galian ini bersifat semula jadi dan berkhasiat kepada tubuh manusia.
“Antara ciri-ciri istimewa batu ini adalah apabila dipanaskan sehingga 100 darjah Celcius, tourmaline akan menjanakan elektrik statik dengan caj positif dan caj negatif di antara kutub-kutub yang bertentangan. Apabila tekanan dikenakan ke arah paksi kristalografi tegak, kesan termoelektrik dan piezoelektrik akan terasa,’’ katanya.
Lebih daripada itu, apabila dikenakan tekanan, haba dan teruja dengan tenaga lain, tourmaline akan memiliki fungsi perlindungan gelombang elektromagnetik, menjana caj elektrik, memancarkan ion negatif dan sinar inframerah jauh.
“Fungsi utama batu ini adalah mengeluarkan ion negatif, mengurangkan tekanan, mengaktifkan sel-sel, meningkatkan daya penyembuhan semula jadi dan merencatkan pengoksidaan serta penuaan.
“Ia juga berfungsi memancarkan sinar inframerah jauh yang mampu menembusi semua bahagian tubuh badan, memanaskan sel-sel, melancarkan peredaran darah dan merangsang metabolisme,’’ ujarnya.
Boon Swee juga memberitahu, tourmaline mengandungi pelbagai zat galian semula jadi yang kebanyakannya serupa dengan zat-zat galian yang diperlukan oleh manusia.
“Apa yang lebih menarik, gelombang elektromagnetik tourmaline mengecilkan gugusan molekul air kepada saiz ideal yang lebih cepat meresap ke dalam tubuh berbanding air biasa yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Ia juga membantu menghapuskan klorin serta benda asing di samping mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dan menyebabkan air berasa manis.
“Tourmaline juga akan menjadikan air dielektrolisis yang akan memperoleh kesan aktif, kemantapan klorin dan penulenan besi untuk mencegah air menjadi merah akibat dicemari karat,’’ katanya.
SINAR INFRAMERAH JAUH
Sinar inframerah jauh merupakan sejenis gelombang magnet dan juga gelombang cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Umumnya sinar inframerah jauh hanya diketahui sebagai sebahagian daripada cahaya matahari.
Fakta menarik
* Pada tahun 1800, saintis Jerman bernama Hecher telah menemui cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar iaitu sinar inframerah jauh ketika meneliti dan mengkaji cahaya matahari melalui kaca trigon.
* Dalam gelombang panjang sinar inframerah jauh (4-1000 mikron), gelombang yang panjangnya berukuran 4-16 mikron adalah sinaran yang paling banyak diserap oleh organisma. Lantas ia mendapat gelaran Sinar Pendorong Kehidupan atau Cahaya Hidup.
* Selepas bertelur, binatang seperti penyu membiarkan telurnya menetas dan anak-anak membesar di bawah pancaran cahaya matahari kerana kehadiran sinar inframerah jauh dalam cahaya matahari.
* Semua makhluk dalam keadaan tertentu dapat memancarkan sinar inframerah jauh, contohnya ayam yang sedang menetaskan telur.
* Apabila sinar inframerah jauh dalam tubuh manusia berada dalam keadaan kuat, ini bermakna kesihatan seseorang itu baik. Berjemur atau bermandikan cahaya matahari adalah antara cara untuk menambah sinar inframerah jauh dalam tubuh kita.
Kekal cantik -- Nora amal produk CNI
Oleh HAFIDAH IBRAHIM
SEANDAINYA anda peminat setia penyanyi Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, pasti anda dapat mengingati setiap inci raut wajahnya. Nora yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada hari ini bukan sekadar fotogenik tetapi juga cantik di luar lensa kamera.
Berkulit putih gebu dan memiliki senyuman menawan, penyanyi yang sedang hits dengan lagu Menyemai Cinta Bersamamu ini mewarisi kejelitaan asli orang Melayu.
Ditanya rahsia kecantikannya, ibu kepada dua cahaya mata ini tanpa berselindung menjelaskan; ``Nora sebenarnya mengamalkan produk kesihatan CNI.''
Nora berkata, dia amat percaya bahawa kecantikan harus bermula dengan amalan gaya hidup sihat.
Sentiasa terikat dengan jadual yang ketat, dia amat mementingkan penjagaan kesihatan untuk mengelakkan keletihan dan rasa tidak bermaya.
Baginya untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan dan petua kekal cantik, produk penjagaan kesihatan CNI Life Enzyme menjadi pilihannya.
``Lantaran itu, aspek pemakanan dan aktiviti beriadah perlu diutamakan untuk tampil menarik, sihat dan cergas,'' katanya.
Kata Nora, dia mengamalkan pengambilan CNI Life Enzyme untuk menyelaraskan persekitaran dalaman tubuh, membersihkan darah dan membina sel-sel baru.
``CNI Life Enzyme bersifat antiradang, bakteria dan ia berupaya menjadikan proses penceraian yang lebih mantap di dalam badan.
Is juice fasting a healthy way to detox?
Yes
According to Elson Haas; founder and medical director of the preventive Medical Centre of Marin in San Rafael California, USA, he claims that drinking only juices for a few days is a vacation from processed foods which may contribute to problems like allergies and constipation. Juice fasting helps to eliminate toxins from the body. It isn't for everyone though. People who are anemic, underweight, pregnant or nursing, should stay clear of juice fasting.
No
Elisabetta Politti, a nutrition manager from the Duke University Diet and Fitness Centre in Durham North Carolina USA believes that during a juice fast a person's metabolism slows down so that you burn fewer calories than if you ate a well-balanced diet. On top of this, a lack of fibre may result in constipation. After 48 hours you may lose muscle mass. She suggests for a clean body, eat properly and exercise.
Jualan langsung -- Cemuhan kunci kejayaan Dr. Azman Ching
|
Oleh Roslah Othman
NAMA Dr Azman Ching tidak asing di kalangan mereka yang menceburi perniagaan jualan langsung terutama di kalangan mereka yang terlibat dalam perniagaan Multi Level Marketing (MLM).
Berusia 34 tahun, anak muda berasal dari Klang Selangor ini telah menghasilkan beberapa buah buku dan antara yang berjaya melonjakkan namanya ialah Khazanah MLM, Khazanah Inspirasi, Khazanah 52, Menuju Kejayaan dan terbaru Dari 0 Sampai Jutawan.
Semua buku itu ditulis berdasarkan pengalaman Dr. Azman sendiri yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang jutawan selepas meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif semata-mata mahu terlibat dalam jualan langsung.
``Nyata, keputusan yang saya buat 10 tahun yang lalu itu membuahkan hasil.
``Cemuhan yang saya terima suatu ketika dahulu, telah meletakkan diri saya di tahap ini,'' katanya yang kini bergelar jutawan CNI.
Ditanya rahsia kejayaannya, Dr. Azman Ching mengakui, selain doa ibu dan ayah, isteri dan anak-anak adalah penyuntik semangat kejayaannya.
Dr. Azman Ching atau nama sebenarnya Ching Eu Boon mendapat gelaran `Azman' daripada teman-teman yang rata-rata adalah orang Melayu.
``Dari kecil saya berkawan dan dibesarkan di kalangan keluarga Melayu.
``Saya tidak dipanggil dengan nama Cina sebaliknya mereka lebih suka memanggil saya dengan nama Azman sehinggalah ke hari ini,'' katanya.
Dia amat bertuah kerana memiliki sebuah keluarga bahagia di samping isteri dan anak-anak yang cukup memahami kerjayanya.
Baginya, kemewahan dan kekayaan yang dimiliki di sebaliknya berdiri sebuah keluarga yang memahami dan saling menghormati.
``Keluarga adalah segala-galanya selain kekayaan yang dimiliki oleh saya sekarang ini,'' katanya sambil mengakui, insan yang sentiasa berada di belakangnya ialah isterinya, Ivy Lin, 34.
Ditanya peranannya sebagai seorang suami dan ayah, Dr. Azman Ching yang punya tiga cahayamata berkata, dia tidak pernah sesekali menyerahkan tugas menjaga dan mendidik anak-anak sepenuhnya kepada isteri dan pembantu rumah.
``Saya sendiri percaya dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab bersama.
``Lebih-lebih lagi, anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang,'' katanya kepada Keluarga.
Menurut Dr. Azman Ching, dalam mendidik anak-anaknya, Yanny Ching, 8, Coco, 7, dan paling bongsu Qing-Haor, 2 setengah tahun, dia lebih gemar menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri anak-anaknya.
Baginya kasih sayang umpama baja yang ditabur ke tanah, andai subur tanah maka peluang untuk mendapatkan pohon yang berbunga cantik dan berbuah elok sangat tinggi.
Katanya, tugas sebagai pengarah Eksekutif Organisasi di Creative Network International (CNI) (M) Sdn. Bhd memang sentiasa menuntut masanya.
``Saya perlu keluar daerah dan ada kalanya, tugas itu memaksa saya meninggalkan keluarga berminggu-minggu lamanya,'' akuinya jujur.
Namun katanya, ia bukan penghalang kepada mereka sekeluarga untuk terus menjalinkan hubungan erat.
``Saya sering menjadikan telefon sebagai alat komunikasi paling rapat dengan anak-anak,'' akui bekas pelajar bidang Pengajian Melayu di salah sebuah kolej swasta di Johor Baharu ini.
Katanya, perkataan I love you sering menjadi ungkapan untuk isteri dan anak-anak manakala ayat I love you papa sering diterap ke dalam minda anak-anak.
Mengeratkan hubungan dengan keluarga, Dr. Azman Ching berkata, dia gemar mengambil kesempatan membawa keluarganya ke luar negara untuk satu tempoh yang agak lama, satu atau tiga minggu setiap tahun.
``Saya tidak pernah meletakkan kesibukan sebagai alasan menolak hasrat mereka untuk bersama-sama saya,'' ujarnya.
Memang Dr. Azman Ching menerima banyak undangan mengadakan ceramah pada hujung minggu Sabtu dan Ahad.
Katanya, jika keadaan itu berlaku, dia cuba mencari masa lain bersama anak-anak.
Ditanya rahsia kejayaannya bergelar jutawan dalam masa yang sesingkat 10 tahun sahaja, Dr. Azman Ching mengakui, sikap positif adalah kunci segalanya.
Katanya, sikap positif merupakan permulaan yang baik bagi seseorang dalam melalui kehidupan.
``Saya sentiasa menganggap setiap apa juga perkara yang datang mempunyai hikmahnya.
``Berpandangan positif terhadap semua perkara termasuk masalah yang dihadapi berupaya membuatkan seseorang itu lebih terbuka dan berani,'' katanya.
Pun begitu, Dr. Azman Ching berkata, dia sentiasa percaya bahawa setiap kejayaan bermula daripada ahli keluarga yang harmoni. ``Sebab itulah, saya sentiasa berdoa dan berusaha anak-anak terdidik dan menjadi insan berguna,'' katanya.
Kata Dr. Azman Ching, sama ada berhasil atau tidak, dia tahu bahawa semua itu bergantung kepada diri sendiri.
Menyingkap pencapaiannya, Dr. Azman Ching memberitahu, dia memperolehi gelaran doktor falsafah dari St. George Universiti International Oxford, England, pada 1999.
Dr. Azman Ching pernah bertugas sebagai guru sebelum menjawat jawatan setiausaha eksekutif di salah sebuah syarikat swasta dan melibatkan diri dalam jualan langsung.
``Bertekad untuk berjaya, saya terpaksa menelan cemuhan dan sindiran daripada teman-teman juga ahli keluarga yang lain pada awal penglibatan,'' katanya.
Kejayaannya bergelar Jutawan Intan dalam masa tidak sampai setahun selepas menyertai CNI membuktikan bahawa dia benar-benar meletakkan kesungguhan dalam bidang yang diceburinya itu.
``Saya sendiri tidak pernah menyangka sama sekali apa yang dilakukan selama 10 tahun ini akhirnya membuahkan hasil,'' katanya kala mengakhiri perbualan.