Khasiat batu tourmaline pada Waterlife

Oleh RAHANA MD


BEGINILAH rupa batu tourmaline.


AIR yang kita minum didakwa bersih tetapi belum tentu selamat kepada tubuh dan kesihatan buat jangka masa panjang. Ini disebabkan sebelum disalurkan ke setiap rumah, semua sumber air akan dirawat tetapi pencemaran alam sekitar yang serius menyebabkan sumber air semakin tercemar.

Sehubungan dengan itu sistem penapisan air diperlukan bagi membantu memastikan air yang digunakan benar-benar selamat.

CNI Waterlife System yang diperkenalkan oleh CNI Holding Berhad mampu membantu mengatasi masalah air tercemar. Ia dibangunkan hasil daripada penyelidikan yang rapi.

Menurut Pengarah Eksekutif CNI Holding Berhad, Chew Boon Swee, sistem penapisan Waterlife mengunakan tujuh penapis bagi menghasilkan air yang benar-benar berkualiti, bersih, selamat diminum serta memberi tenaga kepada tubuh dengan lebih pantas.

“Salah satu penapisnya menggunakan batu tourmaline atau permata semula jadi. Tourmaline merupakan sejenis galian silikat yang membentuk kristal cantik dan berwarna-warni dan ditemui di pergunungan Brazil.

“Galian ini bersifat semula jadi dan berkhasiat kepada tubuh manusia.

“Antara ciri-ciri istimewa batu ini adalah apabila dipanaskan sehingga 100 darjah Celcius, tourmaline akan menjanakan elektrik statik dengan caj positif dan caj negatif di antara kutub-kutub yang bertentangan. Apabila tekanan dikenakan ke arah paksi kristalografi tegak, kesan termoelektrik dan piezoelektrik akan terasa,’’ katanya.

Lebih daripada itu, apabila dikenakan tekanan, haba dan teruja dengan tenaga lain, tourmaline akan memiliki fungsi perlindungan gelombang elektromagnetik, menjana caj elektrik, memancarkan ion negatif dan sinar inframerah jauh.

“Fungsi utama batu ini adalah mengeluarkan ion negatif, mengurangkan tekanan, mengaktifkan sel-sel, meningkatkan daya penyembuhan semula jadi dan merencatkan pengoksidaan serta penuaan.

“Ia juga berfungsi memancarkan sinar inframerah jauh yang mampu menembusi semua bahagian tubuh badan, memanaskan sel-sel, melancarkan peredaran darah dan merangsang metabolisme,’’ ujarnya.

Boon Swee juga memberitahu, tourmaline mengandungi pelbagai zat galian semula jadi yang kebanyakannya serupa dengan zat-zat galian yang diperlukan oleh manusia.

“Apa yang lebih menarik, gelombang elektromagnetik tourmaline mengecilkan gugusan molekul air kepada saiz ideal yang lebih cepat meresap ke dalam tubuh berbanding air biasa yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Ia juga membantu menghapuskan klorin serta benda asing di samping mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dan menyebabkan air berasa manis.

“Tourmaline juga akan menjadikan air dielektrolisis yang akan memperoleh kesan aktif, kemantapan klorin dan penulenan besi untuk mencegah air menjadi merah akibat dicemari karat,’’ katanya.

SINAR INFRAMERAH JAUH

Sinar inframerah jauh merupakan sejenis gelombang magnet dan juga gelombang cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Umumnya sinar inframerah jauh hanya diketahui sebagai sebahagian daripada cahaya matahari.

Fakta menarik

* Pada tahun 1800, saintis Jerman bernama Hecher telah menemui cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar iaitu sinar inframerah jauh ketika meneliti dan mengkaji cahaya matahari melalui kaca trigon.

* Dalam gelombang panjang sinar inframerah jauh (4-1000 mikron), gelombang yang panjangnya berukuran 4-16 mikron adalah sinaran yang paling banyak diserap oleh organisma. Lantas ia mendapat gelaran Sinar Pendorong Kehidupan atau Cahaya Hidup.

* Selepas bertelur, binatang seperti penyu membiarkan telurnya menetas dan anak-anak membesar di bawah pancaran cahaya matahari kerana kehadiran sinar inframerah jauh dalam cahaya matahari.

* Semua makhluk dalam keadaan tertentu dapat memancarkan sinar inframerah jauh, contohnya ayam yang sedang menetaskan telur.

* Apabila sinar inframerah jauh dalam tubuh manusia berada dalam keadaan kuat, ini bermakna kesihatan seseorang itu baik. Berjemur atau bermandikan cahaya matahari adalah antara cara untuk menambah sinar inframerah jauh dalam tubuh kita.

No comments: