Oleh NORIZAN MUHD. MUHID
|
|
WANITA dan perniagaan bukan perkara baru bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia, apatah lagi dengan hak sama rata yang dinikmati dalam apa juga aspek termasuk pembangunan ekonomi.
Bagi usahawan jualan langsung CNI, Suhaila Arshad, 34, percubaan pertama menggunakan produk Royal Jelly kira-kira lapan tahun lalu bagi menyembuhkan luka pembedahan selepas bersalin, benar-benar memberi kesan dalam hidupnya.
Selepas puas mencuba selama setahun dan yakin dengan keberkesanan produk CNI, Suhaila mengorak langkah pertama pada tahun 2000 mendaftar diri sebagai ahli CNI dan dari situ, beliau mengubah hidup, sekali gus gaya kesihatannya.
“Selepas menggunakan Royal Jelly, saya amat yakin dengan produknya, saya bukan saja mendapat barang tetapi mengumpul mata ganjaran setiap bulan.
“Pada masa yang sama, saya turut menghebahkan kepada ahli keluarga lain dan jiran mengenai khasiat kegunaan Royal Jelly dan tanpa disangka, mereka juga berminat menggunakan produk CNI.
“Anda bayangkan, salah seorang anggota keluarga saya sudah putus haidnya (menopaus ) tetapi selepas menggunakan Royal Jelly, kitaran haidnya berjalan seperti biasa,'' katanya sewaktu ditemui, baru-baru ini.
Katanya, pada mulanya beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi dan serius untuk menggunakan produk ini terutama Royal Jelly tetapi setelah masuk bulan kelima, beliau terkejut menerima cek daripada wakil CNI yang berjumlah RM2,840 tanpa perlu berbuat apa-apa. .
“Malah, wang tunai itu terus meningkat setiap bulan setiap kali saya bertemu ahli keluarga dan rakan-rakan yang akhirnya turut sama membeli produk CNI selepas menyakini kehebatan produk CNI,” katanya.
Malah, suaminya, Che Azman Muhamad, 42, yang sebelum ini memiliki kerjaya profesional turut mengikut jejak langkah isterinya dan memberi tumpuan sepenuh masa terhadap aktiviti jualan langsung ini.
Jika sebelum itu, katanya, beliau hanya bergantung kepada pendapatan suami untuk menguruskan keluarga tetapi keadaan itu berubah apabila menjadi ejen produk kumpulan CNI.
“Selepas menceburi industri jualan langsung Kumpulan CNI, di samping memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, saya juga berpeluang melancong ke luar negara,’’ ujarnya.
Berkat kesungguhan pasangan itu, mereka akhirnya kini berjaya mencapai peringkat tertinggi dalam jualan langsung ini dengan bergelar Pengurus Agensi Intan.
Katanya, kerjaya usahawan jualan langsung telah menjadi satu pekerjaan tetap dan mampu memberikan pulangan pendapatan lumayan sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh.
“Golongan wanita khususnya suri rumah perlu bijak merebut peluang ini kerana melalui CNI, mereka diberi peluang menceburi dalam perniagaan di samping mendidik wanita mengatur masa dengan bijak,” katanya.
No comments:
Post a Comment