KUALA LUMPUR 16 Nov. – Syarikat jualan langsung, CNI Holdings Bhd. mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM7.5 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM6 juta bagi suku ketiga tahun ini yang berakhir 30 September lalu.
Pengarah Eksekutifnya, Cheong Chin Tai berkata, hasil jualan yang dicatatkan pada suku tersebut ialah sebanyak RM45.6 juta, yang mana penyumbang utama adalah daripada kategori makanan kesihatan dan barangan pengguna.
Katanya, Kumpulan CNI secara keseluruhannya mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM21.9 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM16.3 juta sepanjang tiga suku tahun ini.
No comments:
Post a Comment