Ke Arah Masyarakat Yang Penyayang
Sebagai sebuah badan korporat yang bertangungjawab sosial, CNI berbesar hati untuk melibatkan diri dalam berbagai projek kemasyarakatan melalui badan amalnya, Yayasan CNI
Datin Angeline Koh, isteri kepada Pengerusi Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Koh Peng Chor, Yayasan CNI tidak pernah lengah dalam usahanya untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Ditubuhkan pada tahun 1998, Yayasan CNI berkomited untuk membantu setiap golongan yang kesusahan, tanpa mengira bangsa, agama atau negara.
Projek Bantuan
Hati yang prihatin tidak mengenal sempadan. Berlandaskan falsafah “Ceriakan Malaysia, Ceriakan Dunia”, Yayasan telah melebarkan sayapnya untuk mengambil bahagian dalam pelbagai projek bantuan tempatan dan antarabangsa. Antaranya ialah:
Projek Bantuan Tempatan dan Antarabangsa
- Projek “Kongsi Kasih Sayang, Kongsi Pakaian Anda” bagi mengutip dan mengagih pakaian terpakai untuk rakyat Bosnia, Kemboja dan Vietnam.
- Memulakan “Progran Bantuan Negara China” di mana 1% daripada keuntungan Kumpulan untuk sebulan telah didermakan kepada mangsa banjir Hua Dong.
- Menderma 20 ton makanan kepada Yayasan Banjir Nasional.
- Menderma RM500,000.00 kepada Tabung Bencana Tsunami Asian.
Projek Muhibah, Perpaduan dan Interaksi Budaya
- Penganjur bersama drama musical “Lagenda Liu San Jie” sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Malaysia-China.
- Penganjur bersama “Konsert Harmoni Keranamu Malaysia” dengan Jabatan Perdana Menteri – projek yang bertujuan meningkatkan keharmonian nasional, dan telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung.
- Penganjur bersama Kejohanan Dunia Tarian Naga dan Singa Piala Tang Long yang menarik perhatian daripada 10 negara.
- Menganjurkan “Pentas Amal Cintai Malaysia” yang menarik lebih 10,000 penonton berbilang bangsa.
Projek Pendidikan, Kesedaran Nasional dan Perubatan/Kesihatan
- Menganjurkan berbagai kem remaja dan menawarkan insentif pendidikan serta biasiswa setiap tahun kepada anak-anak pengedar CNI dan kanak-kanak kurang bernasib baik.
- Mengumpul 1,060 pek darah sehari sempena kempen “Setitis Darah Seribu Jasa”.
- Menderma mesin diálisis kepada beberapa pusat hemodiálisis di seluruh negara.
- Menganjurkan “Kempen Bebas Jenayah” dengan kerjasama Jabatan Polis dan Jawatankuasa Parlimen Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment