Gerak Gempur lahirkan usahawan Jutawan Wanita 2007

http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=news_content&newsID=166&lang=malay&pages=16
MINISTRY OF WOMEN, FAMILY & COMMUNITY DEVELOPMENT

Bersandarkan kepada hakikat tersebut telah memberi inspirasi kepada syarikat jualan langsung terkenal, CNI Enterperise (M) Sdn. Bhd. melancarkan kempen Gerak Gempur Wanita 2007. Menurut Pengurus Bahagian Acara dan Pelancongan CNI Enterprise (M) Sdn. Bhd., Moriko Yen, melalui projek yang dirancang, pihaknya menyasarkan tahun 2007 merupakan tahun untuk menonjolkan wanita sebagai usahawan.

Daripada jumlah perangkaan yang tertera, pihaknya percaya wanita mempunyai peluang untuk mengatur dan mengilap bakat sebagai penyumbang kepada penambahan pendapatan isi rumah. “Sama ada wanita itu bekerja atau menjadi suri rumah sepanjang masa, peluang untuk menjana pendapatan sendiri sentiasa terbuka di hadapan mata.

“Sehubungan dengan itu, CNI menyasarkan bermula tahun 2007 akan melahirkan lebih ramai wanita usahawan CNI yang berjaya bergelar jutawan,” katanya Beliau menambah melalui projek tersebut, pihaknya mempunyai matlamat untuk membangkitkan kekuatan dan komitmen wanita dalam perniagaan khasnya di kalangan pengedar CNI “Bagaimanapun pada masa yang sama, mereka akan sentiasa diingatkan agar kerjaya dan rumahtangga seimbang.

“CNI sentiasa menggalakkan wanita serius menceburkan diri dalam perniagaan Multi Level Marketing (MLM) secara sepenuh atau separuh masa tetapi jangan sesekali mengabaikan keluarga,” katanya. Justeru katanya, pada tahun ini pengedar CNI lelaki digalakkan ‘mengeluarkan’ wanita di belakang mereka seperti ahli keluarga terdekat termasuk isteri dan anak gadis sendiri untuk menjadi pengedar yang berjaya.

“Wanita boleh mengeksploitasi diri sendiri yang dikurniakan dengan bakat semulajadi gemar bercakap dan mengeluarkan pendapat. “Daripada bergosip yang negatif, manfaatkan perbualan kepada yang lebih mempunyai nilai dan positif,” sarannya. Tambahnya wanita juga adalah juru jual yang baik dan mempunyai kuasa pujukan yang hebat untuk mempengaruhi pelanggan.

“Wanita yang bijak akan mempergunakan segala kekuatan dan kemahiran yang dimiliki untuk memperoleh pendapatan yang baik demi keselesaan hidup,” jelasnya. Sehubungan dengan itu, pihak CNI akan mengadakan bengkel-bengkel bagi menyalurkan maklumat dan strategi perniagaan kepada kumpulan pengedar wanita yang terpilih. “Mereka akan didedahkan dengan pelbagai maklumat berguna, teknik dan motivasi sebagai persediaan menjadi usahawan CNI yang berkaliber dan berjaya.

“Merealisasikan impian dan menonjolkan kekuatan wanita, CNI telah menubuhkan Kelab Wanita Luar Biasa kepada semua ahlinya bagi memudahkan informasi disampaikan lebih tepat,” katanya Beliau memberitahu bagi tujuan hebahan kepada semua masyarakat mengenai peluang menjadi usahawan CNI, di samping menjayakan Gerak Gempur Wanita 2007 beberapa pameran dan peluang perniagaan di beberapa lokasi terpilih.

“Bermula pada 13 Januari, majlis akan berlangsung di Park Avenue, Sungai Petani, Kedah, 27 Januari di Dewan Serbaguna, Johor Jaya, Johor Bahru, 3 Februari di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang dan 11 Februari di Wisma CNI, Glenmarie, Shah Alam, Selangor. “Sepanjang majlis berlangsung pelbagai aktiviti dan peluang perniagaan ditawarkan, termasuk pameran, kaunter jualan dan pertanyaan, aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna dan acara-acara yang pasti menambat hati pengunjung.

“Lebih menarik lagi, setiap pengunjung yang membeli tiket masuk berharga RM20.00 layak mendapat cenderahati berupa krim masker bernilai RM72.00 serta layak mendapat cabutan bertuah yang mana hadiah utama bernilai RM1700,” ujarnya Tambahnya istimewa untuk pengunjung, CNI bermurah hati mengadakan cabutan bertuah berupa set masakan Perfect Chef yang merupakan produk terbaru keluaran CNI.

No comments: