CNI anjur promosi kerjaya jualan langsung

(Keratan dari Utusan Online)

KUCHING 23 Jun - CNI Enterprise (M) Sdn Bhd., (CNI) akan mengadakan Karnival Mesra CNI di sini yang antara lain bertujuan mempromosikan kerjaya jualan langsung sebagai kerjaya pilihan.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Rantaian Pengedaran CNI, Kelvin Koh How Loon berkata, tindakan menjadikan jualan langsung sebagai kerjaya turut mampu melahirkan lebih ramai usahawan tempatan.

''Jelas terbukti penerimaan masyarakat terhadap kerjaya jualan langsung masih terbuka luas dan diterima ramai.

''Sehingga kini, CNI telah melahirkan lebih 200,000 usahawan dengan 52 daripadanya telah mencapai pangkat tertinggi Intan Jutawan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, menyentuh mengenai karnival tersebut, beliau memberitahu, pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada hujung minggu ini antaranya ialah jualan produk CNI, pemeriksaan kulit wajah dan nasihat kecantikan, demonstrasi masakan dan peraduan mewarna.

Tidak ketinggalan demonstrasi produk sistem rawatan air termaju CNI WaterLife juga turut dipamerkan.

No comments: